Pages

Monday, December 19, 2011

Antara Dua Darjat [1960] SDTVRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Pada hari itu, hujan turun dengan lebatnya. Kereta yang membawa Tengku Zaleha telah terkandas di dalam lumpur. Ghazali dan rakan-rakan pemuziknya membantu menolak kereta tersebut dan telah berkenalan dengan Tengku Zaleha yang tinggal di banglo Anggerik Villa. Pada majlis sambutan harijadi Tengku Zaleha, Ghazali dan rakan-rakannya telah dijemput membuat persembahan nyanyian. Hubungan Ghazali dan Tengku Zaleha semakin intim dan kelakuan Tengku Zaleha yang suka keluar bersiar-siar menimbulkan rasa marah kepada ayah Tengku Zaleha iaitu Tengku Karim yang begitu berbangga dengan darah keturunan raja dan memandang hina golongan kebanyakan. Tengku Karim kemudiannya melarang Tengku Zaleha keluar bercampur dengan orang kebanyakan. Walaupun begitu, permintaan Tengku Zaleha untuk belajar bermain piano telah diizinkan ayahnya yang tidak mengetahui bahawa guru piano tersebut iaitu Ghazali ialah kekasih anaknya. Apabila mengetahui hal sebenarnya, Tengku Karim mengarahkan supaya Ghazali dipukul sementara Tengku Zaleha dibawa ke Singapura untuk memisahkan mereka berdua. Rakan-rakan Ghazali yang datang membantu telah diberitahu oleh Tengku Karim bahawa Tengku Zaleha telah meninggal dunia. Selepas kejadian itu, hidup Ghazali menjadi tidak menentu dan tidak terurus. Tidak lama kemudian, muncul dua lelaki dan seorang wanita ke banglo Anggerik Villa. Wajah wanita tersebut sama seperti Tengku Zaleha tetapi Ghazali masih ragu kerana orang ramai tetap mengatakan bahawa Tengku Zaleha telah meninggal dunia. Pada suatu hari, selepas Ghazali membetulkan kerosakan piano di banglo Anggerik Villa, wanita tersebut terus memainkan lagu Getaran Jiwa yang telah diajar oleh Ghazali kepada Tengku Zaleha tidak lama dahulu.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama
FILE SIZE : rmvb - 350MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  9.1/10
CAST : P Ramlee, Datin Saadiah, S Sudarmaji, S Kadarisman, S Shamsuddin, Yusof Latiff, Ahmad Nisfu, Kuswadinata

JOM DOWNLOAD!!!
RMVB(350MB):

Credit to kongsixgelap.blogspot.com!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.