Sinopsis
KAMAL (penyeluk saku) telah mencuri surat-surat mengenai harta Haji Yusof (dia telah meninggal dunia di Tanah Jawa) yang dibawa oleh Sidek ke Singapura dari Tanah Jawa. Surat-surat itu untuk anak-anak Allahyarham – Bahar dan Ramlah.
Kamal telah di tangkap tetapi telah dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Oleh kerana dirinya menghadapi masalah manakala Kamal pula mempunyai wajah menyerupai Haji Yusof, Sidek meminta supaya Kamal menyamar sebagai “Haji Yusof”. Ini telah dipersetujui Kamal.
Sebelum itu, Inspektor Bahar telah mengirim surat kepada ayahnya (Haji Yusof yang sebenar) supaya pulang ke Singapura untuk menyaksikan perkahwinannya dengan Maimon, manakala Ramlah yang tinggal bersama bapa saudaranya (Razak) mengirim surat kepada Haji Yusof menyuruhnya pulang kerana Razak sering menyeksanya dan menyebabkan dirinya menderita.
Sidek dan Haji Yusof (Kamal) tiba di rumah Razak dan dapat menyelesaikan masalah Ramlah. Kemudian mereka pergi pula ke rumah Bahar. Tetapi alangkah terperanjatnya Bahar bila dilihatnya Haji Yusof sebagai ayahnya kerana suatu masa lalu dia pernah mengejar “Haji Yusof” sebab mencuri beg tangan seorang wanita semasa orang ramai sedang keluar dari panggung selepas menonton pertunjukan pentas yang turut dijayakan oleh Maimon.
Bagaimana pun dengan perasaan ragu-ragu Bahar tetap mahu mengakui Haji Yusof itu sebagai ayahnya dan Bahar juga gembira apabila Sidek memperkenalkan Ramlah (juga anak Haji Yusof) iaitu anak dengan isterinya yang kedua, sebagai adiknya.
Sekarang keluarga Haji Yusof bersatu. Hanya “Haji Yusof” saja yang palsu. Dia tetap Kamal yang menyamar sebagai “Haji Yusof”.
Dalam pada itu, masalah baru timbul apabila Bahar mendapati Haji Yusof berada dalam bilik Maimon, bakal isterinya. Bahar menuduh Maimon berlaku serong terhadapnya. Bagaimana pun semua dapat diselesaikan apabila Sidek menerangkan keadaan sebenar dengan mendedahkan yang Haji Yusof itu adalah palsu dan dia sebenarnya Kamal – ayah Maimon.
Sidek menerangkan segala-segalanya kenapa dia berbuat demikian. Akhirnya keluarga Haji Yusof yang telah meninggal dunia bersatu, kecuali Razak.
Haji Yusof palsu dan keluarga Haji Yusof sebenar termasuk Bahar dan Maimon menyatakan hasrat mereka kepada Sidek untuk pergi ke Tanah Jawa menziarahi tempat bersemadinya Haji Yusof. Sidek bersetuju dan mereka pun membuat persiapan untuk ke sana.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama
FILE SIZE : avi - 700MB |rmvb - 345MB
LANGUAGE : Malay
SUBTITLES : -
OUR RATING : 8.2/10
CAST : P Ramlee, Mariam, Omar Rojik, Musalmah, Daeng Idris, Harun Omar, Datin Saadiah, S Sudarmaji
JOM DOWNLOAD!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.