Pages

Friday, December 23, 2011

Batu Belah Batu Bertangkup [1959] SDTVRip AVI & RMVB - Mediafire

Sinopsis
Filem Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah filem melayu klasik yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem ini diambil dari kisah dongeng melayu Batu Belah Batu Bertangkup yang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih. Filem ini diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1959.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama | Romance
FILE SIZE : avi - 699MB | rmvb - 400MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  8.8/10
CAST : Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil, S. Kadarisman, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latiff, Hasnah Hassan

JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 

***Credit to cute-share.blogspot.com***

Tuesday, December 20, 2011

Bara [1999] VCDRip RMVB - Mediafire

Sinopsis
Amri dan Ziman bekerja sebagai mekanik. Mereka bermain muzik di sebuah kelab malam. Ziman mempunyai kekasih, Arni. Amri telah bertemu dengan Effa yang meminta perlindungan dari menjadi mangsa sindiket pelacuran Carlos. Kehilangan Effa membuat Carlos berang dan mencari Effa. Effa kini menjadi pelayan di kelab tempat Amri dan Ziman bermain muzik. Hubungan Amri dan Effa kian intim. Carlos muncul semula selepas menjejaki Effa dan memalukannya di tempat itu. Effa dibunuh dengan kejam di biliknya, Amri dituduh dan menjadi buruan polis. Amir bertekad membalas dendam dan mendapat pertolongan dari Arni.
FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Romance | Action
FILE SIZE : rmvb - 360MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  7.4/10
CAST : Awie, Nasha Aziz, Rosyam Nor, Zamani, Arni Nazira, Ning Baizura, Azza, A.Galak, Raja Norbaizura, Farid Amirul, Yang Kassim

JOM DOWNLOAD!!!

RMVB (250MB): 
Single Link

MKV (358MB): 
Single Link

AVI (698MB): 
Single Link

Baik Punya Cilok [2005] VCDRip AVI & RMVB - Mediafire


Sinopsis
Filem ini mengisahkan gelagat 5 orang sahabat, ABEN (Afdlin Shauki), BOB (Awie), JERRY (Hans Isaac), WAK (AC Mizal) and LEMAN (Harun Salim Bachik) yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul.  Menyedari nilainya begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda.  Wak tidak mampu membayarnya.   Dalam keadaan yang terdesak, 5 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut… lagaknya seperti Robin Hood abad baru… Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu.  Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa…. 
Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.   Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur.  Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka.  Tanpa diduga…. kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong.  Kedai tersebut telahpun dirompak oleh orang lain!  Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya.  Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak.  Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri.  Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry.  Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi.  Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak. 
Mampukah Jerry menunaikan harapan kawan-kawannya itu?  Atau dia juga akan gagal seperti mereka?  Adakah Lina, anak kesayangan Tauke Wong berjaya mencari siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan perompak yang memecah masuk ke dalam kedai bapanya?  Nantikan jawapannya dalam….."BAIK PUNYA CILOK"

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Action | Comedy 
FILE SIZE : avi - 700MB | rmvb - 360MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  7.2/10
CAST : Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Patrick Teoh, Carmen Soo, Harith Iskandar, Ida Nerina

JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 
Part I
Part II
Part III
Part IV
RMVB(360MB):

Credit to TeamAryzs.net!!!

Monday, December 19, 2011

Azura [1984] DVDRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
A boy from a wealthy always gathers with bad company. He is very mischief and always involves in gang fight. One day he met a girl and falls in love with her. The girl, Azura, later changed the boy’s character and he became a good and well mannered boy. He proposed to Azura but thier marriage was objected by his parents because Azura comes from a poor family.
Despite of his parents objection, he marries Azura and leaves behind all his family’s wealth. He works as a laborer to support Azura. Everything was perfect until one day Azura is found to be pregnant. Her husband suspects that the baby she is carrying does not belongs to him. Misunderstanding then arise between them.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Horror
FILE SIZE : rmvb - 210MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  6.3/10
CAST : Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Mariah Arshad, A.Galak, Raffi Hussein, Yusni Jaafar, M Rajoli
 
JOM DOWNLOAD!!!

Credit to TeamHanna.org!!!

Awang Spanar [1989] DVDRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh berkerja sebagai seorang kelasi sementara Awang diberi gelaran Awang Spanar kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur mereka menyaksikan kejadian penculikan anak seorang hartawan bernama Imran. Kehadiran mereka disedari oleh Udin Didih lalu melaporkan kepada ketuanya Ali Jibon. Arahan mencari kedua-duanya dikeluarkan. Dengan bantuan Inspektor Lydia mereka dapat mengesan penculik itu.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Comedy | Action
FILE SIZE : rmvb - 376MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  6.4/10
CAST : Os, Salih Yaccob

JOM DOWNLOAD!!!
RMVB(376MB):

Credit to syokdownload.com!!!

Apa Tengok-Tengok [2011] DVDRip AVI & MKV & RMVB - Mediafire


Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang pengetua yang bernama cikgu Zaaba, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar yang mewakili dua kumpulan atau kelompok kaya dan sederhana. Permusuhan yang berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL namanya Adriana Abdullah. Ibu Adriana, Syafinaz adalah kawan guru disiplin sekolah tersebut iaitu cikgu Fadzilah. Cikgu itu adalah seorang guru yang mengambil berat tentang para pelajarnya terutama mereka ini semua. Pertelingkahan antara kumpulan Shariff dan Daniel bermula apabila kumpulan Daniel bertembung dengan Shariff yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya. Mereka mengejek-ejek Shariff dan memalukan dia di jalan raya.
Shariff meminta kawan-kawannya untuk membantu mengenakan kumpulan Daniel dengan memancitkan tayar keretanya. Kenakalan mereka bertambah lagi Adriana masuk belajar di sekolah tersebut dan menjadi rakan sekelas mereka. Dua kumpulan Daniel dan Shariff terus bersengketa sehingga menyebabkan cikgu Zaaba mahu membatalkan majlis perayaan Hari Guru. Ini kerana mereka tidak boleh bekerjasama untuk membuat persembahan bagi mewakili kelas mereka. Akhirnya setelah cikgu Zaaba merajuk, mereka dengan sendirinya berbaik dan kemudian menjadi pelajar yang dicontohi dan dihormati kerana mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan bakat 1 Malaysia.
Namun sepanjang sesi persekolah itu, pelbagai perkara telah berlaku. Yang paling menggerikan apabila Shariff hamper ditembak oleh Bro Joe iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjasa. Kerana mahukan kemewahan dan keinginan yang kuat untuk memiliki alat muzik sendiri, Shariff dan rakan-rakannya bekerja sambilan dengan bro Joe dengan menjadi budak penghantar barangan kesihatan kepada para pelanggan bro Joe. Mujur ada pameran anti-dadah di sekolah mereka. Akhirnya mereka mendapati bahawa barangan kesihatan yang dijual oleh bro Joe rupa-rupanya adalah dadah. kerana takut ditangkap, mereka berempat membuang bungkusan yang disuruh hantar kepada pelanggan oleh bro Joe.
Perbuatan mereka itu menyebabkan bro Joe hilang pertimbangan dan menyebabkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan agar pihak polis membebaskannya. Ketika peristiwa ini berlaku, Shariff tercedera di kepala akibat dihentak dengan pistol oleh bro Joe. Akibat kejadian tersebut, budak-budak memenangi pertandingan musik dari KL. Kemenangan mereka disambut oleh semua termasuk ibubapa mereka. Namun tragedy menimpa sekolah mereka lagi apabila salah seorang pelajar tingkatan 1 disahkan menghidap brain tumour dan mereka terpaksa mengumpulkan tabung perubatan untuk Amran sebanyak RM150,000.00. Dato Dani menjadi orang pertama yang menderma dan diikut dengan konsert khas untuk Amran.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Matroska (.mkv) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Comedy | Musical | Action
FILE SIZE : avi - 705MB | mkv - 350MB | rmvb - 364MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  6.0/10
CAST : Dato’ Jalaluddin Hasan, Zulkifli Ismail, Shahronizam Noor, Kuswadinata, Mahyon Ismail, Dilla Ahmad, Rahhim Omar, Sathiya

JOM DOWNLOAD!!!
AVI (705MB): 
MKV(350MB):
RMVB(364MB):

Credit to jieazzmovie.net!!!

Apa Kata Hati [2008] DVDRip AVI - Mediafire


Sinopsis
Tanpa kesedihan, tiadalah kegembiraan di akhirnya. Itulah pegangan Elly dalam percintaan. Elly, seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki. Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup. Kebuntuan tersebut mendorong Elly mengikut kata hati.
Apakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati? Untuk mengetahui lebih lanjut, download dan saksikan sendiri filem lakonan Raja Farah, Farid Kamil, Awal Ashaari, Dynas, Awie, Ogy Ahmad Daud, Harun Salim Bachik dan AC Miza.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi)
GENRE : Romance
FILE SIZE : avi - 700MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  7.2/10
CAST : Raja Farah, Farid Kamil, Awal Ashaari, Dynas, Awie, Ogy Ahmad Daud, Harun Salim Bachik, AC Mizal

JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 

Credit to TeamAryzs!!!

Antoo Fighter [2008] DVDRip AVI - Mediafire


Sinopsis
Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara KL dan dijadikan markas operasi mereka. Disitu mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibu Negara sehingga menyebabkan Negara di tahap bahaya.Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon”iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , dimana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi)
GENRE : Horror | Comedy
FILE SIZE : avi - 700MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  6.8/10
CAST : Radhi (OAG), Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Nasrizal Ngasri, Soffi Jikan, Amran Tompel, Scha Al-Yahyah

JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 

Credit to bentayancollections.blogspot.com!!!

Antara Dua Darjat [1960] SDTVRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Pada hari itu, hujan turun dengan lebatnya. Kereta yang membawa Tengku Zaleha telah terkandas di dalam lumpur. Ghazali dan rakan-rakan pemuziknya membantu menolak kereta tersebut dan telah berkenalan dengan Tengku Zaleha yang tinggal di banglo Anggerik Villa. Pada majlis sambutan harijadi Tengku Zaleha, Ghazali dan rakan-rakannya telah dijemput membuat persembahan nyanyian. Hubungan Ghazali dan Tengku Zaleha semakin intim dan kelakuan Tengku Zaleha yang suka keluar bersiar-siar menimbulkan rasa marah kepada ayah Tengku Zaleha iaitu Tengku Karim yang begitu berbangga dengan darah keturunan raja dan memandang hina golongan kebanyakan. Tengku Karim kemudiannya melarang Tengku Zaleha keluar bercampur dengan orang kebanyakan. Walaupun begitu, permintaan Tengku Zaleha untuk belajar bermain piano telah diizinkan ayahnya yang tidak mengetahui bahawa guru piano tersebut iaitu Ghazali ialah kekasih anaknya. Apabila mengetahui hal sebenarnya, Tengku Karim mengarahkan supaya Ghazali dipukul sementara Tengku Zaleha dibawa ke Singapura untuk memisahkan mereka berdua. Rakan-rakan Ghazali yang datang membantu telah diberitahu oleh Tengku Karim bahawa Tengku Zaleha telah meninggal dunia. Selepas kejadian itu, hidup Ghazali menjadi tidak menentu dan tidak terurus. Tidak lama kemudian, muncul dua lelaki dan seorang wanita ke banglo Anggerik Villa. Wajah wanita tersebut sama seperti Tengku Zaleha tetapi Ghazali masih ragu kerana orang ramai tetap mengatakan bahawa Tengku Zaleha telah meninggal dunia. Pada suatu hari, selepas Ghazali membetulkan kerosakan piano di banglo Anggerik Villa, wanita tersebut terus memainkan lagu Getaran Jiwa yang telah diajar oleh Ghazali kepada Tengku Zaleha tidak lama dahulu.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama
FILE SIZE : rmvb - 350MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  9.1/10
CAST : P Ramlee, Datin Saadiah, S Sudarmaji, S Kadarisman, S Shamsuddin, Yusof Latiff, Ahmad Nisfu, Kuswadinata

JOM DOWNLOAD!!!
RMVB(350MB):

Credit to kongsixgelap.blogspot.com!!!

[MOVIE] Anjoran Nasib (1952) SDTVRip AVI & RMVB - Mediafire

Sinopsis
KAMAL (penyeluk saku) telah mencuri surat-surat mengenai harta Haji Yusof (dia telah meninggal dunia di Tanah Jawa) yang dibawa oleh Sidek ke Singapura dari Tanah Jawa. Surat-surat itu untuk anak-anak Allahyarham – Bahar dan Ramlah.
Kamal telah di tangkap tetapi telah dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Oleh kerana dirinya menghadapi masalah manakala Kamal pula mempunyai wajah menyerupai Haji Yusof, Sidek meminta supaya Kamal menyamar sebagai “Haji Yusof”. Ini telah dipersetujui Kamal.
Sebelum itu, Inspektor Bahar telah mengirim surat kepada ayahnya (Haji Yusof yang sebenar) supaya pulang ke Singapura untuk menyaksikan perkahwinannya dengan Maimon, manakala Ramlah yang tinggal bersama bapa saudaranya (Razak) mengirim surat kepada Haji Yusof menyuruhnya pulang kerana Razak sering menyeksanya dan menyebabkan dirinya menderita.
Sidek dan Haji Yusof (Kamal) tiba di rumah Razak dan dapat menyelesaikan masalah Ramlah. Kemudian mereka pergi pula ke rumah Bahar. Tetapi alangkah terperanjatnya Bahar bila dilihatnya Haji Yusof sebagai ayahnya kerana suatu masa lalu dia pernah mengejar “Haji Yusof” sebab mencuri beg tangan seorang wanita semasa orang ramai sedang keluar dari panggung selepas menonton pertunjukan pentas yang turut dijayakan oleh Maimon.
Bagaimana pun dengan perasaan ragu-ragu Bahar tetap mahu mengakui Haji Yusof itu sebagai ayahnya dan Bahar juga gembira apabila Sidek memperkenalkan Ramlah (juga anak Haji Yusof) iaitu anak dengan isterinya yang kedua, sebagai adiknya.
Sekarang keluarga Haji Yusof bersatu. Hanya “Haji Yusof” saja yang palsu. Dia tetap Kamal yang menyamar sebagai “Haji Yusof”.
Dalam pada itu, masalah baru timbul apabila Bahar mendapati Haji Yusof berada dalam bilik Maimon, bakal isterinya. Bahar menuduh Maimon berlaku serong terhadapnya. Bagaimana pun semua dapat diselesaikan apabila Sidek menerangkan keadaan sebenar dengan mendedahkan yang Haji Yusof itu adalah palsu dan dia sebenarnya Kamal – ayah Maimon.
Sidek menerangkan segala-segalanya kenapa dia berbuat demikian. Akhirnya keluarga Haji Yusof yang telah meninggal dunia bersatu, kecuali Razak.
Haji Yusof palsu dan keluarga Haji Yusof sebenar termasuk Bahar dan Maimon menyatakan hasrat mereka kepada Sidek untuk pergi ke Tanah Jawa menziarahi tempat bersemadinya Haji Yusof. Sidek bersetuju dan mereka pun membuat persiapan untuk ke sana.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama
FILE SIZE : avi - 700MB |rmvb - 345MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  8.2/10
CAST : P Ramlee, Mariam, Omar Rojik, Musalmah, Daeng Idris, Harun Omar, Datin Saadiah, S Sudarmaji

JOM DOWNLOAD!!!

RMVB(345MB):

Credit to mediafireallmovies.blogspot.com/syokdownload.com!!!

Wednesday, December 14, 2011

Anaknya Sazali [2000] PPVRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Kisah filem ini bermula selepas Sazali tamat menjalani hukuman penjara di atas kesalahan jenayah. Apabila berkeluarga, dia tidak mahu anaknya mengamalkan pergaulan bebas sebagaimana yang dilaluinya sehingga menjadi seorang yang tidak berguna kepada masyarakat. Untuk itu Sazali mengurung anaknya Farid agar tidak bercampur dengan budak lain dan mengupah guru untuk mengajar anaknya di dalam bilik. Tindakan itu membuatkan Farid menjadi seorang yang terlalu pemalu dan takut untuk berjumpa dengan masyarakat luar. Untuk mengatasi rasa malunya, sejenis pil menahan rasa malu telah diberikan membuatkan Farid menjadi tidak tahu malu dan melakukan apa saja tanpa perasaan.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Family | Comedy 
FILE SIZE : rmvb - 290MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  6.8/10
CAST : Ahmad Idham, M Rajoli, Azean Irdawaty, Noraini Morat, Jasmin Hamid, Badrul Muhayat, Ahmad B, Kartina Aziz

JOM DOWNLOAD!!!
RMVB(290MB):

Credit to TeamHanna.org!!!

Anakku Sazali [1956] SDTVRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Hassan ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke  Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah. Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka. Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Drama
FILE SIZE : rmvb - 420MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  9.2/10
CAST : P Ramlee, Zaiton, Rosnani Jamil, Nordin Ahmad, Hashimah Yon, Daeng Idris, Habsah Buang, Malik Sutan Muda
JOM DOWNLOAD!!!

Credit to ddmf.biz!!!

Anak Halal [2007] SDTVRip MKV - Mediafire


Sinopsis
Hisham seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, perempuan gila di jalanan. Hisham ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Di zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna berkawan rapat dengan seorang lelaki dewasa, Abi. Mereka bertiga sering melakukan aktiviti bersama, yang paling digemari mereka ialah bermain gitar/seruling di jalanan. Namun saat indah itu berakhir apabila Abi didapati mati akibat mengambil dadah berlebihan. Lebih memburukkan keadaan apabila Mariam, ibu tempat Putra bergantung harap telah dibawa pergi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, setelah dituduh tidak mampu memelihara dan membesarkan Putra dengan baik.
Tinggallah Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Bu Leha membawa Putra dan Johanna berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Diusia remaja mereka telah bekerja demi sesuap nasi. Putra bekerja di kedai potong, manakala Johanna dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboy, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak dan jamming bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri. 
Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak beramai-ramai, mereka ditangkap dan ditahan di lokap. Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan, disamping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka. Keesokannya Putra terjumpa mereka berdua dan naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu. 
Erzan yang mempunyai banyak hutang telah dibelasah teruk dan meninggal di hospital. Putra begitu sedih dan marah. Ketika Erzan dikebumikan, Amiera sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal. Sekembalinya Putra ke rumah, didapati orang ramai sedang mengerumuni sesuatu, dan ia adalah Johanna yang terjatuh daripada flat tersebut. Putera jadi bertambah marah dan benci pada mereka yang telah merosakkan dan membunuh orang-orang yang disayanginya. Dia nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut. Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra, anak mereka.

FORMAT : Matroska (.mkv)
GENRE : Action | Drama
FILE SIZE : mkv - 330MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : English
OUR RATING :  8.1/10
CAST : Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Ady Putra, Zul Huzaimie, Raja Farah
JOM DOWNLOAD!!!
MKV(330MB):

Credit to jieazzmovie.net!!!

Anak Bapak [1968] SDTVRip AVI - Mediafire


Sinopsis
Che' Harun ialah seorang pengurus ladang getah kepunyaan bapanya sendiri. Dia seorang yang boros berbelanja dan sering keputusan wang. Walaupun begitu, dia juga seorang yang amanah dan tidak menggunakan wang pejabat. Dia banyak berhutang dengan ceti dan juga kenalannya Che' Normah seorang penyanyi kelab malam. Untuk menjelaskan hutang-hutangnya, Che' Harun terpaksa berbohong dengan bapanya Dato' Mahfiz dengan menyatakan yang dia memerlukan wang untuk melangsungkan pernikahan. Dato' Mahfiz yang tinggal berjauhan daripada anaknya sememangnya sudah lama mendesak Che' Harun supaya berkahwin. Mendengar berita gembira tersebut, Dato' Mahfiz tidak berfikir panjang lalu terus mengirim RM5,000 kepada anaknya. Sementara itu, Dato' Mahfiz yang sering terganggu kesihatannya telah dinasihatkan doktor supaya berehat dan bertukar angin. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur ditemani jururawat yang menjaganya iaitu Halimah. Sambil berehat dia juga ingin bertemu anak dan menantu barunya. Ketibaan bapanya menyebabkan Che' Harun serba salah kerana dia sebenarnya masih belum bernikah dan ini menyebabkan dia terpaksa meminjam isteri pemandunya Salleh...

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) 
GENRE : Comedy 
FILE SIZE : avi - 700MB
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  8.8/10
CAST : P Ramlee, Rose Yatimah, AR Tompel, Ibrahim Din, Noran Nordin, Ruminah Sidek, Saloma, Shariff Baboo
 
JOM DOWNLOAD!!!

Credit to cute-share.blogspot.com!!!

Ali Baba Bujang Lapok [1961] SDTVRip RMVB - Mediafire


Sinopsis
Kisah terjadi di negeri Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba yang miskin dan abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba. Ali Baba sering meminta wang dan makanan daripada abangnya. Kerja Ali Baba ialah mencari kayu api. Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak ke sebuah bukit batu yang besar. Ketua penyamun itu membaca sesuatu untuk membuka dan menutup pintu gua pada bukit itu. Ali Baba bersembunyi berhampiran gua tersebut dan apabila semua penyamun telah keluar, dia terus membuka pintu gua itu seperti mana yang dilakukan oleh ketua penyamun tadi. Ali Baba sangat terkejut melihat harta yang begitu banyak dan dia pun mengambil sebuah peti wang emas dan menjadi kaya sekelip mata. Abangnya Kassim Baba sangat hairan apabila mendapat tahu hal ini. Kerana cemburu, Kassim Baba telah meminta rahsia tersebut daripada Ali Baba. Sifat tamak Kassim Baba mendorongnya mengambil kesemua harta di dalam gua tersebut. Apabila penyamun dapat menangkap Kassim Baba, mereka telah membunuh dan mencincangnya. Ali Baba sangat sedih dengan apa yang terjadi. Penyamun pula ingin membalas dendam dan merampas kembali harta mereka daripada Ali Baba. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Saksikanlah sendiri....

FORMAT : Real Media (.rmvb)
GENRE : Comedy 
FILE SIZE : rmvb - 330MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : English
OUR RATING :  9.2/10
CAST : P Ramlee, S Shamsuddin, Aziz Satar, Normadiah, K.Fatimah, Leng Husain, Ibrahim Pendek, Sarimah, A Rahim, Shariff Dol, Kemat Hassan
JOM DOWNLOAD!!!

Credit to syokdownload.com!!!

Al-Hijab [2011] PPVRip AVI & MKV & RMVB - Mediafire


Sinopsis
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Matroska (.mkv) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Horror
FILE SIZE : avi - 700MB | mkv - 350MB | rmvb - 283MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  7.8/10
CAST : Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M.Osman, Khir Mohd Noor
JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 
MKV(350MB):
RMVB(283MB):

Credit to jieazzmovie.net!!!

Alamak Toyol [2011] PPVRip AVI & MKV & RMVB - Mediafire


Sinopsis
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. 

Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

FORMAT : Audio Video Interleave (.avi) & Matroska (.mkv) & Real Media (.rmvb)
GENRE : Horror | Comedy 
FILE SIZE : avi - 700MB | mkv - 350MB | rmvb - 245MB 
LANGUAGE : Malay 
SUBTITLES : -
OUR RATING :  7.8/10
CAST : Along Cham, Angah Raja Lawak, Afiq Izzudin, Hamid Gurkha,
Yank Kassim, Adeline Tsen
JOM DOWNLOAD!!!
AVI (700MB): 
MKV(350MB):
RMVB(245MB):

Credit to jieazzmovie.net!!!